“Memang Filipina paling kuat, tapi rodar berputar, kita lihat nanti,” – Clayyy

Deden Muhammad Nurhasan atau Clayyy mengakui pasukan Filipina paling kuat di arena Mobile Legends ketika ini, namun tiada frasa mustahil.

“Memang Filipina paling kuat, tapi rodar berputar, kita lihat nanti,” tulisnya dalam satu kenyataan kepada MPL Indonesia.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Indonesia (@mpl.id.official)

Di ruangan komen, ramai peminat menggunakan tanda pagar #INDOPRIDE yang sentiasa melambangkan semangat nasionalisme dan patriotik mereka. 

Ramai juga yang mengatakan tidak mustahil RRQ Hoshi akan berjaya menewaskan skuad Filipina selepas beberapa lama tewas.

RRQ akan bertembung pasukan tanah air kita, Todak MLBB pada jam 6 petang nanti.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Semalam, mereka hampir tewas di tangan EVOS SG dengan perlawanan kedua mencatatkan masa yang sangat lama, lebih 35 minit.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Bagi EVOS SG pula, mereka adalah satu-satunya pasukan Singapura yang masih berjuang di pusingan lower bracket selepas rakan senegara, RSG SG tewas bertembung Falcon Esports dari Myanmar.

Foto: hitekno.com

RELATED NEWS

+