Microsoft Flight Simulator bakal dapat mod perlumbaan kompetitif tahun ini

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Mod perlumbaan kompetitif akan tiba di Microsoft Flight Simulator pada musim luruh ini sebagai sebahagian daripada kerjasama bersama Reno Air Race.

Beberapa kapal terbang berkelajuan tinggi akan tiba di permainan simulasi ini yang membolehkan pemain untuk bersaing bersama rakan-rakan. Siri perlumbaan ini berdasarkan Reno Air Races, sebuah siri perlumbaan berbilang hari yang termasuk perlumbaan enam kelas kapal terbang yang lain. 

Flight Simulator ialah simulasi penerbangan realistik dan juga permainan bagi peminat kapal terbang yang gemar menaiki kapal terbang dan mengembara. Tetapi, bagi mod perlumbaan kelak, Flight Simulator menawarkan sesuatu untuk pemain kompetitif yang mahukan pengalaman selain melihat pemandangan.

Sebelum ini, Microsoft ada memberi kemaskini mengenai perkembangan Top Gun ketika E3 yang lalu. Namun, memandangkan kolaborasi itu adalah bertepatan dengan filem Top Gun: Maverick dan memandangkan filem ini masih belum siap, begitu juga dengan DLC itu.

Ini adalah penambahan besar untuk permainan ini dengan pelancaran Flight Simulator pada konsol. Meskipun kualiti pada Xbox Series X/S tidak setanding PC, ianya masih berbaloi. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+