Microsoft mengumumkan headset terbaru, Xbox Stereo Headset

Bulan depan, Microsoft akan melancarkan Xbox Stereo Headset, yang berharga AS$60 (~RM250) direka untuk Xbox Series X/S, Xbox One, PC dan peranti mudah alih.

Xbox Stereo Headset menyasarkan untuk membawa lebih nilai di dalam kategori pemulaan set fon kepala, dengan ciri dan rekaan yang hampir sama dengan Xbox Wireless Headset yang dilancarkan tahun lepas. Ciri-ciri termasuk kusyen telinga berkualiti tinggi, kawalan lantang bunyi di sebelah kanan dan mikrofon sehala terbina.

 

Fon kepala ini boleh disambung pada alat kawalan nirwayar Xbox atau peranti lain menggunakan bicu audio 3.5mm. Microsoft juga mengesahkan, Xbox Stereo Headset menyokong teknologi bunyi spatial oleh Dolby Atmos.

Meskipun ketiadaan beberapa ciri, ia adalah alternatif lain untuk pengguna Xbox yang mencari lebih menjimatkan, atau mereka yang tidak mahu membelanjakan AS$99 bagi varian nirwayar, atau lebih gemarkan set fon kepala berwayar.

Xbox Stereo Headset akan tersedia di seluruh dunia bermula 21 September. Anda boleh lakukan pra-tempah di Microsoft Store atau penjual lain seperti Amazon. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+