Microsoft Melancarkan Project xCloud, Stream & Main Game Di PC, Konsol & Mobile

Bayangkan korang bermain Halo atau Forza di telefon pintar.

Microsoft baru mengumumkan servis penstriman baharu dipanggil sebagai Project xCloud yang pernah digempar-gempurkan oleh box Xbox, Phil Spencer semasa di persidangan E3 2018 pada Jun lepas.

Melalui teknologi baru ini, korang boleh strim game kegemaran berkualiti tinggi untuk dimainkan di pelbagai platform seperti PC, konsol dan mobile tanpa apa-apa batasan.

Menurut satu blog post rasmi, Project xCloud masih lagi dalam fasa ujikaji. Pemain boleh bermain hampir 3,000 game Xbox menggunakan telefon pintar atau tablet yang disambung kepada Xbox Wireless Controller melalui Bluetooth.

Lebih-lebih lagi, kawalan skrin sesentuh khas untuk game menyerupai pelbagai butang di papan kekunci dan pelbagai input di PC dan konsol sedang dibangunkan oleh Microsoft untuk mereka yang tidak mempunyai Xbox Wireless Controller.

Tunjang utama Project xCloud menggunakan Microsoft Azure iaitu sebuah sistem cloud dan juga dibantu oleh perkakasan terbaru dalam konsol Xbox One bagi menyokong penstriman game melalui pusat data Azure yang merentasi 140 negara termasuk Malaysia.

Buat masa sekarang, korang boleh bermain game distrim dalam 10 megabit setiap saat. Pembangun-pembangun Microsoft sedang menjalankan banyak ujikaji untuk mengatasi latency dan juga mengekalkan kualiti video tinggi di kesemua rangkaian termasuk membolehkan penstriman game dalam rangkaian 4G dan juga 5G.

Bagi mereka yang teringin untuk mencuba servis ini, fasa percubaan Project xCloud untuk orang ramai akan dilancarkan pada tahun 2019.

Pada minggu lepas, Google juga memperkenalkan Project Cloud iaitu salah satu servis penstriman game yang menyokong Assassin’s Creed Origins bagi fasa percubaan tetapi hanya tersedia di Amerika Syarikat.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+