Microsoft dikatakan menyuap rasuah sebanyak RM800 ribu setahun di Asia Tengah dan Afrika

Seorang bekas pekerja Microsoft melaporkan Microsoft mengeluarkan ribuan Dolar Amerika untuk “staf, rakan kongsi, dan pekerja kerajaan” di Asia Tengah dan Afrika.

Yasser Elabd yang mengeluarkan kenyataan ini di laman sesawang Lioness yang bekerja di Asia Tengah dan Afrika untuk Microsoft.

Bekas pekerja tersebut telah bekerja lebih 2 dekad dari tahun 1998.

Sepanjang masa dia bekerja, dia melihat Microsoft banyak membuat kontrak untuk sektor awam di Ghana, Nigeria, Zimbabwe, Qatar, Egypt, Ethipia, Kenya dan negara lain.

“Bagi mencapai pembesaran yang cepat dalam masa terpantas, Microsoft sudah lama menggunakan rakan kongsi mereka seperti Licensing Solution Partners untuk memastikan ramai pelanggan.” tambah Elabd.

Pada tahun 2016 pula rakan kongsi tersebut juga memohon AS$40 ribu (RM160 ribu).

“Disebabkan permintaan ini, saya terus merasakan sesuatu yang tidak kena,” katanya.

Pelanggan itu pula tidak pernah muncul dan ada di database dalaman Microsoft.

Elabd juga pernah memberitahu masalah ini dan akhirnya CEO ketika itu Satya Nadella sebaliknya tidak mahu perkara ini diketahui.

Pada tahun 2018, Elabd dipecat dari kerjanya.

Microsoft juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa penuduhan rasuah ini adalah sudah lama dan kesemua pekerja yang rakan kongsi ketika itu sudah diselidik dan diberhentikan.

Disebabkan ini agak-agak berapa banyakkah permainan video yang terhasil disebabkan hal ini dan permainan video itu tidak berjaya.

TAGS

RELATED NEWS

+