Minat Kingdom di Netflix? Ini adalah permainan video baru ciptaan Action Square

Peminat drama zombi di zaman feudal, Kingdom di Netflix kini boleh bersorak gembira selepas pengumuman permainan video baharu di PC dan peranti pintar yang akan dibangunkan oleh Action Square.

Berjudul Kingdom: The Blood, pemain boleh mencipta karakter sendiri dan membunuh Zombi sambil mengembara di zaman feudal Korea. Lebih menarik, seorang penari pedang yang profesional dari Korea menggunakan motion capture untuk perlawanan. 

Dari segi perlawanan, akan ada dua perkara asas iaitu serangan dan pertahanan.

Malah, pakaian dan istana pada zaman itu dicipta kembali dalam permainan ini. 

Selain mod penceritaan, terdapat juga mod Conquest. Anda boleh jangka banyak perlawanan bos dan PvP disediakan nanti.

Meskipun tiada tarikh pelancaran, ia akan dilancarkan di dua platform iaitu PC dan peranti pintar.

Sumber: IGN

RELATED NEWS

+