pergolakan yang berlaku sebelum ini, nampaknya MISERY mendapat jemputan istimewa dari Beyond the Summit untuk temu bual eksklusif bagi siri podcast HotCox. Kehadiran Misery semestinya untuk menceritakan di belakang tabir drama yang melanda Evil Geniuses."> pergolakan yang berlaku sebelum ini, nampaknya MISERY mendapat jemputan istimewa dari Beyond the Summit untuk temu bual eksklusif bagi siri podcast HotCox. Kehadiran Misery semestinya untuk menceritakan di belakang tabir drama yang melanda Evil Geniuses." /> pergolakan yang berlaku sebelum ini, nampaknya MISERY mendapat jemputan istimewa dari Beyond the Summit untuk temu bual eksklusif bagi siri podcast HotCox. Kehadiran Misery semestinya untuk menceritakan di belakang tabir drama yang melanda Evil Geniuses." />

DOTA 2: Misery Berkongsi Dengan Beyond The Summit Kenapa Dirinya Disingkirkan Daripada EG

Selepas pergolakan yang berlaku sebelum ini, nampaknya MISERY mendapat jemputan istimewa dari Beyond the Summit untuk temu bual eksklusif bagi siri podcast HotCox. Kehadiran Misery semestinya untuk menceritakan di belakang tabir drama yang melanda Evil Geniuses.

Misery menghadiri kesemua The International kecuali TI7 apabila dia terlepas peluang itu kerana gagal bertanding dengan Planet Odd. Dua minggu lagi sebelum kelayakan terbuka TI8 dibuka, Misery tak mempunyai skuad dan mengajak Ken “Hot_Bid” Chen dan David “GoDz” Parker untuk menubuhkan skuad baru.

Tapi dia juga sempat menyelit kenapa EG menendangnya daripada pasukan itu. Katanya, suasana dah pun muram apabila EG gagal di GESC: Thailand Minor. Tapi di bootcamp untuk ESL One Birmingham Major, mereka memenangi hampir kesemua scrim.

“Kami bermain dengan laju, dengan baik tapi bila tiba hari bertanding, kami kalah tiga permainan dan tersingkir. Semua orang hanya mendiamkan diri dan saya dah agak pasti akan terjadi sesuatu nanti,”

Misery juga yakin yang pemain core tak akan disingkirkan terutamanya Suma1L yang juga pemilik bersama EG (orang kanan Phillip Aram [COO EG]).

“Artour juga takkan disingkir, Cr1t pula agak pasif dan berkawan rapat dengan Artour. Jadi saya pula, kapten baru yang menjadi sasaran mudah,” 

Dia mempunyai naluri mengatakan pasti akan berlaku sesuatu yang buruk selepas perlawanan terakhir di ESL dan bertanya kepada semua pemain jika dia disingkirkan. Sejam selepas itu, mereka datang ke biliknya dan memberitahu berita buruk itu.

Misery juga berkata dia tak tahu menahu mengenai pertukaran yang dibuat OG pada ketika itu. Ketika ditanya perancangan masa depannya, Misery berkata dalam podcast, dia berminat menubuhkan skuad dari bawah tapi tak banyak pilihan kerana kelayakan terbuka TI begitu hampir. Tapi dia mempunyai sokongan Martin “Saksa” Sazdov (rapat ketika bersama Digital Chaos). 

Jika tak berjaya, dia mungkin akan menjadi jurulatih bagi paiN Gaming menerusi kelayakan terbuka TI.

“paiN bertanya kalau saya nak coach mereka dan saya bagitau, boleh, macam best tapi saya nak cuba untuk TI dulu, kalau tak berjaya kemudian baru bantu coaching paiN. Ia bergantung kepada mereka kalau saat itu saya dah terlambat atau tak untuk sertai,”

Banyak lagi maklumat menarik dikongsi dalam podcast dan penulis cadangkan korang dengar apa Misery fikirkan sepanjang drama yang berlaku ini. Misery juga pernah menjanjikan kepada W33 sesuatu apabila mereka layak ke Grand Finals TI6. 

Korang boleh mula strim video di Youtube ini bermula minit ke-12 untuk kenyataan Misery.

Sumber: VPesports

RELATED NEWS

+