OG layak ke The International 10!

Juara berturut-turut The International 8 dan 9, OG Esports berjaya menempah tiket ke Bucharest untuk bertanding dengan 15 pasukan yang lain di dalam kejohanan dunia, The International 10.

OG Esports berjaya memenangi kelayakan Eropah Barat selepas menghantar pulang Team Nigma. Team Nigma dikatakan pesaing terkuat OG di dalam perlawanan kelayakan itu. Namun begitu, pasukan OG sangat berdisiplin dan tidak memandang rendah ke arah pasukan lawan berjaya memberikan memberikan mereka kemenangan.

Seterusnya, mereka bertemu kembali dan menewaskan Tundra Esports di pusingan akhir kelayakan selepas tewat di pusingan final upper bracketPusingan akhir perlawanan itu menyaksikan kedua-dua pasukan bermain sebanyak lima perlawanan.

OG berjaya mendapatkan kemenangan di perlawanan kedua, keempat dan kelima. Meskipun berdepan dengan Winter Wyvern yang digunakan oleh Nine di perlawanan terakhir, OG langsung tidak gentar dan memberi kepercayaan kepada Sumail dan Topson.

Sumail menggunakan Templar Assasin dengan mata bunuh sebanyak 14 membuatkan pasukan Tundra Esports melupakan hasrat mereka bermain di The International 10. 

Mampukah OG mengulangi kejayaan mereka di dalam The International 10 kali ini bersama Sumail? Ia pasti sangat menarik untuk disaksikan. 

RELATED NEWS

+