Pada minggu kelima MPL MY, Team Haq dan Madness Esports masing-masing menamatkan minggu mereka dengan kekalahan."> Pada minggu kelima MPL MY, Team Haq dan Madness Esports masing-masing menamatkan minggu mereka dengan kekalahan." /> Pada minggu kelima MPL MY, Team Haq dan Madness Esports masing-masing menamatkan minggu mereka dengan kekalahan." />

Misi wajib menang untuk Team Haq dan Madness Esports

Pada minggu kelima MPL MY, Team Haq dan Madness Esports masing-masing menamatkan minggu mereka dengan kekalahan.

Dua pasukan ini berkongsi posisi di tangga kelapan dengan 7 mata namun Team Haq keluar dari zon penyingkiran kerana memenangi satu perlawanan lebih daripada Madness Esports.

Tugas sukar buat Team Haq di mana mereka akan bertemu Red Giants Esport yang memecahkan badi kekalahan mereka selepas menewaskan Team Secret.

Cerita berbeza buat Madness Esports yang akan berjumpa dengan pasukan belasahan, Team Secret yang masih mencari kemenangan pertama pada musim ini.

Madness Esports yakin bahawa mereka boleh mengutip mata penuh menentang Team Secret.

Kedua-dua pasukan wajib memenangi perlawanan tersebut dan cuba untuk mendapatkan mata penuh untuk melayakkan diri ke playoffs.

Mereka akan bertemu lawan masing-masing pada 16 April ini bagi minggu keenam.

RELATED NEWS

+