Kiboy diangkat sebagai pemain paling bernilai MSC 2023

Roamer pasukan ONIC Esports, Kiboy dinamakan sebagai pemain paling bernilai di Mobile Legends: Southeast Asia Cup (MSC) 2023 yang  berlangsung di Kemboja.

Kiboy atau nama sebenarnya iaitu Nicky Fernando merupakan antara kunci penting dalam kemenangan ONIC Esports pada kejohanan ini.

Beliau dianggap sebagai penyelamat ONIC Esports dalam situasi mereka ditekan pasukan lawan.

Impak Kiboy lebih jelas dilihat di dalam perlawanan di antara ONIC Esports menentang ECHO.

Dalam siri itu, terdapat banyak situasi di mana ECHO boleh menamatkan perlawanan dengan lebih awal namun Kiboy berjaya menghalang ECHO dan berjaya menangkap pemain penting ketika pergaduhan berlaku.

Juara dunia, ECHO terlepas slot ke Grand Final selepas tewas kepada ONIC Esports di peringkat separuh akhir.

@mygameondotmy Selepas 40 minit, ONIC Esports akhirnya membalas dendam terhadap ECHO! #MSC2023 #IniGayaKita #SEATheWorld #MLBB #MobileLegends #MyGameOn ♬ original sound – My Game On

Di Grand Final, Kiboy masih dilihat sebagai playmaker untuk pasukan ONIC selepas berjaya menangkap pemain-pemain yang penting seperti OhMyV33nus, Owl dan lain-lain.

Ini memudahkan kerja pemain lain terutama sekali Kairi ketika dia bermain hero Assassin kerana pemain lawan sudah memakai spell atau skill untuk lari daripada Kiboy.

@mygameondotmy Akhirnya Filipina tewas. ONIC Esports raja Asia Tenggara 🔥 #MSC2023 #IniGayaKita #SEATheWorld #MLBB #MobileLegends #MyGameOn ♬ original sound – My Game On

Selepas hampir tiga tahun pasukan Filipina mendominasi kejohanan dunia, akhirnya pasukan Indonesia kembali berada di atas.

Bukan itu sahaja, mereka menjadi pasukan pertama untuk menjuarai kejohanan ini untuk dua kali sekaligus menjadi pasukan pertama untuk menjuarai mana-mana kejohanan dunia sebanyak dua kali.

Dengan kemenangan ini, ramai menganggap bahawa era ONIC Kage pada 2019, telah kembali pada 2023.

RELATED NEWS

+