MLBB dan PUBG Mobile akan dipertandingkan di World Esports Championships 2022

Persekutuan E-Sukan Antarabangsa (IESF) mendedahkan 6 judul permainan yang akan dipertadingkan dalam World Esports Championship (WEC) 2022. Lebih 120 negara dijangka mengambil bahagian dalam acara utama IESF dengan Bali, Indonesia menjadi tuan rumah pusingan akhir World Esports Championship 2022.

Selepas kejayaan WEC 2021 di Eilat, Israel, pada tahun lepas, IESF bercadang untuk mengekalkan beberapa judul permainan dan menambahkan dua permainan mudah alih yang mampu meninggalkan impak signifikan kepada peminat e-sukan seluruh dunia.

Ini senarai permainan yang akan dipertandingkan.

  • Counter Strike Global Offensive
  • Dota 2
  • Tekken 7
  • eFootball series
  • PUBG Mobile
  • Mobile Legends Bang Bang

Ini kali pertama permainan mudah alih disertakan dalam acara penuh berprestij ini. Jelaslah menunjukkan perkembangan pantas e-sukan mudah alih serta industri permainan mudah alih.

Selain itu, kejohanan ini juga menandakan kali pertama kategori kejohanan wanita CSGO dipertandingkan.

Kemasukan kategori baru ini selari dengan misi IESF untuk untuk menyatukan, menyokong dan mempromosikan Keluarga Esports Dunia, menurut Setiausaha Agung IESF Boban Totovski.

Bagi yang berminat, pendaftaran akan dibuka untuk Persekutuan Kebangsaan pada 20 Februari di platform baharu IESF. Proses kelayakan akan merangkumi permainan PC, mudah alih dan konsol.

“Kami menantikan pelancaran proses kelayakan untuk memberi peluang kepada atlet dari seluruh dunia menyertai pertandingan e-sukan antarabangsa terbesar di mana mereka boleh mewakili negara mereka,” kata Totovski.

World Esports Championship 2022 akan bermula pada 27 November dan akan tamat pada 9 Disember.

Sumber rujukan: IESF

RELATED NEWS

+