MLBB: Filipina sudah genggam pingat perak

Perlawanan di antara pasukan Singapura dan juga Filipina begitu mendebarkan.

Kedua-dua pasukan berjaya menyamakan kedudukan dan mereka memaksa perlawanan ketiga dilaksanakan.

Di perlawanan ketiga, pasukan Singapura mempunyai kelebihan pada awal minit permainan namun Filipina mula mengawal rentak mereka kembali tidak lama kemudian.

Terdapat banyak masalah teknikal berlaku di dalam perlawanan ketiga ini. Pause demi pause dilakukan oleh kedua-dua negara ini.

Pasukan Filipina berjaya mendisiplinkan diri mereka dari melakukan kesilapan. Singapura yang sudah lama bertahan di Lord Pit akhirnya melakukan kesilapan.

Keempat-empat ahli pasukan Singapura terkorban dan ini menyebabkan base mereka terus dipecah masuk dan pasukan Filipina menamatkan permainan pada minit ke-27.

Perlawanan seterusnya menyaksikan Kontinjen Negara akan berhadapan dengan negara jiran iaitu Indonesia. Mari kita sama-sama memberikan sokongan kepada mereka. Malaysia boleh!

RELATED NEWS

+