MLBB: Jepun akan mengadakan kejohanan yang diberikan nama “M3 kami”

Kejohanan Dunia M1 dan M2 menjadi antara salah satu berita gembira buat peminat MLBB di negara Jepun satu ketika dahulu.

Pasukan 10S Gaming menggegarkan Axiata Arena Kuala Lumpur pada waktu itu dengan penggunaan meta Rafaela. 

Namun begitu, Kejohanan Dunia M3 menyaksikan pertandingan itu tidak dihadiri oleh pasukan Jepun. Obuyan pernah mempersoalkan slot mereka ke M3 sebelum ini.

Kini Jepun akan membuat Kejohanan yang dinamakan sebagai M3 kami. Kejohanan itu akan ditaja oleh LLG & KO. Wang hadiah terkumpul sebanyak 300 ribu yen (RM11 ribu) untuk dimenangi.

Mereka masih mencari penaja tambahan untuk memeriahkan lagi pertandingan itu. Adakah anda juga menantikan pasukan Jepun untuk bertanding sekali lagi di Kejohanan Dunia? Nyatakan di ruangan komen.

Sumber: emak_moba

RELATED NEWS

+