MLBB: Perlu ke sebenarnya bunuh Lord bila main Classic?

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis

Perdebatan antara netizen dalam isu ‘perlu ke bunuh Lord ketika bermain mod Classic dalam Mobile Legends’ seringkali menjadi bualan hangat.

Lord adalah satu makhluk hebat yang jika dibunuh, akan muncul semula di kubu anda dan akan berjalan membunuh apa saja di laluannya. Sasarannya? Menara pertahanan dan kristal pihak lawan.

Justeru, Lord boleh dikatakan game changer dalam perlawanan MLBB. Pasukan yang mendapatkan Lord berpeluang besar untuk menang perlawanan.

Ala.. classic je pun..

Bagi beberapa pemain, mod classic adalah mod di mana anda ingin mencuba hero sekali gus ‘have fun’ ketika bermain. Oleh itu, ada pemain mengesyorkan untuk bermain dengan lebih lama, sanggup melanjutkan perlawanan lebih dari 15 minit untuk memaksimumkan kebolehan hero baru dimainkan.

Tapi bila Lord dibunuh pihak lawan, pasti ada rasa kurang senang dalam kalangan golongan ini. Katanya, “classic je pun, kenapa nak Lord,?”. Malah, kenyataan seperti “Pengecut main Lord dekat Classic,” sering digunakan.

Ia menjadi lebih rumit apabila mereka yang mengadu ini berada di sisi yang kalah. Kelebihan pihak lawan dengan Lord pastinya boleh memenangi perlawanan dengan mudah.

Oleh itu, persoalannya, bolehkah sebenarnya Lord di Classic?

Tiada masalah..

Sebenarnya tiada peraturan yang mengatakan anda tak boleh Lord di classic. Ia hanyalah simbolik bagi pemain yang kompetitif ingin mencuba hero baharu dan menunjukkan ‘kehebatan’ masing-masing dalam mod tiada ban ini.

Justeru, jika mereka di pihak menang sekali pun, pembunuhan Lord pastinya menamatkan perlawanan. Kiranya macam ‘turn off’ bagi mereka sebab mahu dominasi lagi dan lagi.

Tapi macam penulis nyatakan, tiada peraturan spesifik. Jika anda perlu cepat habiskan perlawanan sebab ‘mak panggil kena buang sampah atau basuh pinggan’, mesti anda nak dapatkan Lord untuk tamatkan perlawanan, betul?

Jadi jika anda berhadapan dengan pemain yang komen toksik mengenai Lord dalam classic, abaikan saja kerana Lord dimasukkan dalam MLBB sebagai satu cara untuk menamatkan perlawanan.

Kalau rakan anda memang dahagakan kills dan sebab tak bunuh Lord, kalah game. Lagi sakit hati bukan?

Jadi, tiada masalah pun. Enjoy saja game macam biasa. Bunuh Lord atau tidak, enjoy saja.

Lord lebih kompetitif di rank

Di mod ranked pula, isu ini tidak berlaku kerana matlamat setiap pemain adalah untuk menang. Jadi pembunuhan Lord tidak menjadi masalah dan pasukan yang mendapatkannya seringkali dipuji.

Malah, pengawalan di kawasan Lord menunjukkan pasukan mana yang keserasian lebih tinggi dan bagaimana mereka menerapkan disiplin yang dipelajari.

RELATED NEWS

+