Leixia, Zaraki, Lolealz, Kaizer dan Rush tinggalkan RSG MY

RSG MY memulakan perjalanan di musim kelapan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) dengan tidak begitu baik. Mereka pada mulanya memenangi perlawanan di minggu awal.

Namun begitu, keadaan mula berubah selepas mereka mengalami losing streak. Mereka terus gagal untuk mendapatkan momentum kembali di peringkat playoff apabila mereka ditewaskan oleh pasukan Homebois.

Kini, Leixia mengumumkan bahawa beliau bersama Zaraki, Kaizer, Lolealz dan Rush akan meninggalkan pasukan itu. Pengumuman ini dibuat di dalam sebuah hantaran di akaun rasmi Instagram RSG MY.

Keputusan ini dibuat selepas mereka memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak mereka bersama RSG MY.  Menurut Rush, mereka juga berniat untuk membentuk sebuah pasukan sendiri sebelum ini.

Akan tetapi pihak RSG MY memberikan mereka peluang untuk bermain di bawah organisasi itu dan sempat menjadi juara MPL MY musim ketujuh.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Leixia dan rakan-rakan, diharap para peminat pasukan RSG akan terus memberikan sokongan kepada Zacus, Tiktok dan Izanami. 

Foto: RSG MY

RELATED NEWS

+