MLBB: Terima kasih Malaysia

Perlawanan mendapatkan pingat gangsa menyaksikan Kontinjen Malaysia akan bertarung dengan Singapura.

Pasukan Singapura berjaya mendapatkan kemenangan di perlawanan pertama namun pasukan negara mampu membalas dengan mendapatkan kemenangan di perlawanan kedua.

Di perlawanan terakhir, pasukan Malaysia mengalami kesukaran untuk mendapatkan momentum mereka seperti di perlawanan kedua.

Kesilapan demi kesilapan dilakukan menyebabkan mereka ketinggalan dari sudut ekonomi.

Singapura mengambil kesempatan itu untuk menghukum Kontinjen Negara dan menyebabkan pasukan Malaysia bermain dengan sedikit pasif pada minit ke-15.

Lord berjaya didapatkan oleh Singapura sebanyak 2 kali menyebabkan kesemua inhibitor turret pasukan Malaysia dihancurkan.

Luminous Lord berjaya diambil pada minit ke-16 oleh pasukan Singapura berjaya mendapatkan mereka kemenangan.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Singapura kerana berjaya mendapatkan pingat gangsa untuk permainan peranti mudah alih MLBB.

 

 

RELATED NEWS

+