Mobile Legends: 3 sebab kenapa Turtle penting untuk diambil dalam permainan

Dalam Mobile Legends: Bang Bang, Turtle adalah makhluk buas yang akan muncul pada minit ke-6. Pada masa ini, kebiasaannya hero core sudah pun mencecah level 4 jadi ini saat sesuai untuk mengambil Turtle bagi pasukan anda.

Sekiranya anda baru dalam MLBB, pasti ada terfikir kenapa pengambilan Turtle penting dalam perlawanan? kenapa tidak abaikan saja? Ini 3 sebab kenapa perlu dapatkan Turtle.

 

Bagi 100 gold kepada semua ahli pasukan

Disebabkan Turtle adalah makhluk yang sukar ditewaskan seorang diri, jadi boleh dikatakan masuk akal apabila 100 Gold diberikan kepada kesemua ahli pasukan yang mendapatkan Turtle ini. Dua atau tiga hero diperlukan pada awal permainan untuk menjatuhkan Turtle dengan cepat.

Kelebihan 100 Gold ini juga boleh dimanfaatkan sedikit sekiranya pada masa itu anda benar-benar perlukan gold. Selain itu, seluruh pasukan juga akan mendapatkan Experience untuk naik level lebih cepat di awal permainan.

 

Jadi lebih yakin, senang nak invade

Penaklukan Turtle bukan saja berikan gold tapi juga keyakinan kepada seluruh pasukan tersebut.

Anda akan rasa lebih bersemangat untuk main dengan lebih bagus dan membuat peluang untuk invade jungle pihak musuh. Ini kerana pembunuh Turtle memiliki buff dan shield yang membantu untuk bertahan dalam teamfight.

Selain itu, lebih mudah untuk mendominasi sidelane apabila hero core berserta support sedang melakukan invade.

 

Dapat shield dan serangan tambahan

Tidak lama dulu, pembunuhan Turtle tidak memberikan apa-apa efek bantuan seperti shield. Oleh itu, sekarang hero core lebih digeruni sekiranya dia memiliki buff Turtle. Kimmy, Lancelot dan marksman lain adalah sangat kuat dengan buff Turtle.

Jumlah Shield sebanyak 400 (40 x level hero) sangat membantu ditambah lagi dengan penambahan pada serangan magis atau fizikal hero tersebut. Jadi ini memberikan kadar survivability lebih tinggi kepada hero core yang mendapatkannya.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan InstagramSaksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+