“Kami sasar top 2 di IESF Bali,” – Ciku

Pasukan Todak sudah pun berangkat ke Indonesia semalam untuk mewakili Malaysia ke Kejohanan Dunia E-Sukan IESF di Bali, Indonesia bermula 3 Disember ini.

Kami dari pihak MyGameOn sempat menemubual salah seorang pemain bintang mereka iaitu Ciku. Dia menyatakan Todak tidak pernah mempunyai pengalaman menentang pasukan Vietnam.

“Setakat ini, kami tidak pernah melawan mereka dan tidak pernah berjumpa dengan mereka. Akan tetapi ada beberapa pertandingan yang mereka main baru-baru ini.

“Jadi, kami nilai cara mereka bermain dari pertandingan itu. Saya rasa mereka bakal membuat kejutan yang besar kerana mereka tidak pernah mendedahkan corak permainan mereka.  Mereka juga adalah pencabar baru di dalam arena kompetitif MLBB, setiap kali ada pencabar baru pasti ada kejutan,” ujar Ciku.

Namun begitu, Ciku yakin momentum pasukan Todak akan terus kekal sehingga ke akhir pertandingan.

“Momentum kami di dalam pertandingan ini, Insya-Allah akan konsisten, kami sasar top 2 kerana terdahulu di MPLI kami sasar top 3 dan alhamdulillah lulus juga.

“Barisan pemain untuk IESF ini agak berbeza berbanding MPLI. Tidak berubah dari segi pemain namun strategi yang digunakan akan berbeza,” tambah Ciku.

@mygameondotmy @TDK.Ciku kata @Todak.gaming akan hadir dengan taktikal berlain di IESF Bali 2022 nanti. #fyp #kakigaming #inigayakita #mlbb #mygameon #fyp ♬ Kita Rockstar (TikTok Version) – Yazmin Aziz, KUNGFU HEIDI

Ikuti temubual penuh bersama Ciku di laman Tiktok rasmi kami.

Kejohanan ini akan bermula pada 3 Disember hingga 11 Disember ini dan Malaysia menghantar Todak MLBB sebagai wakil selepas berjaya mengharungi pusingan kelayakan sebelumnya.

Senarai negara bertanding:

  • Malaysia
  • Slovenia
  • Argentina
  • Namibia
  • Indonesia
  • Kemboja
  • Filipina
  • Vietnam

Ia menggunakan format Double Elimination bermaksud ada Upper dan Lower Bracket. Mereka yang tewas di Upper akan turun ke Lower (pusingan kalah mati).

RELATED NEWS

+