Mobile Legends: Bosskur Gaming Juara Todak Fest 2019

Todak Fest yang berlangsung di Midvalley Exhibition Centre bermula semalam dan hari ini meriah dengan kehadiran ratusan peminat Mobile Legends serata tanah air air yang menyaksikan skuad kegemaran mereka antaranya Bosskur Gaming dan Mysterious Assassin berlawan di peringkat grand final bagi merebut hadiah wang tunai terkumpul RM100,000!

Dalam perlawanan El Clasico ini, Bosskur terus mengganas dengan draft mereka yang menjurus kepada pertahanan dan serangan. Dengan kehadiran Lunox dan Chou yang kerap mengganggu backline, mereka bermain begitu cekap dan seirama sehingga menyebabkan MyA terpaksa menyerahkan first blood di blue buff. Seterusnya, dominasi dan dominasi dilakukan oleh Bosskur ke atas MyA mengakibatkan mereka akur dengan kekuatan bekas pasukan Air Asia Saiyan ini.

Mereka menang ke atas MyA dengan markah 1-0 dalam format BO1 atau kalah mati.

Korang boleh usha livestream penuh di page TODAK dalam video mereka. Klik LINK ini untuk video penuh.

Ini adalah senarai penuh pemenang dari juara hingga tempat kelima:

Bosskur Gaming – Juara (RM50,000)

Mysterious Assassin – Naib Juara (RM26,000)

ICON – Tempat Ketiga (RM12,000)

Reborn – Tempat Keempat (RM6,000)

Geek Fam – Tempat Kelima (RM2,400)

Tahniah kepada semua pemenang!

Todak Fest 2019 berlangsung selama dua hari bermula semalam yang menyaksikan pertandingan Mobile Legends, FIFA 19, Realiti Maya (VR), festival makanan dan juga persembahan dari artis tempatan. Kejohanan Mobile Legends ini mengumpulkan hadiah wang tunai terkumpul RM100,000 dan hadiah berupa Todak Cup.

RELATED NEWS

+