Mobile Legends diluluskan di China, diberi nama The Pinnacle of Decisive Victory

Pentadbiran Akhbar dan Penerbitan Negara (NPPA) China kini meluluskan perlesenan permainan mudah alih baharu dari Moonton yang diberi nama 决胜巅峰 atau ((Juéshèng diānfēng // The Pinnacle of Decisive Victory) di China di bawah entri #57.

Permainan ini dikenali di peringkat global dengan nama Mobile Legends: Bang Bang. Selain itu, Mobile Legends: Bang Bang Adventure juga sudah diluluskan pada 23 Mac lalu.

MOONTON Games dalam satu kenyataan berkata, mereka ingin membawakan pengalaman permainan baharu di China dan berharap organisasi e-sukan di China akan menyertai ekosistem e-sukan MLBB peringkat global secepat mungkin.

Di China, persaingan permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) sangat pesat di mana Honor of Kings memegang takhta sejak dulu dan Wild Rift turut dilancarkan.

MLBB sebelum ini sudah menubuhkan ekosistem e-sukan mereka di peringkat global dengan 100 juta pengguna setiap bulan dan permainan ini dimuat turun lebih 1 Bilion pengguna.

Menurut data dari Esports Chart, kejohanan dunia MLBB, M4 merekodkan bilangan penonton dalam talian yang tinggi iaitu 4.26 juta, menjadi salah satu dari tiga kejohanan e-sukan peringkat global yang menerima tontonan tertinggi.

RELATED NEWS

+