Mobile Legends: Jurulatih Team Bosskurr, Hangus tinggalkan organisasi

Jurulatih Team Bosskurr, Muhammad Rifhan Mohd Rizal atau Hangus sah meninggalkan organisasi Team Bosskurr selepas beberapa lama melatih pasukan itu menghadapi Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL MYSG Musim Keenam).

Berita itu diumumkan di Facebook page beliau, Hangus Gaming

Assalammualaikum.. Dengan ini berakhirlah perjuangan saya di Esport, Terima kasih kepada smua yg terlibat kerana memberi…

Posted by Hangus Gaming on Wednesday, 2 December 2020

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang memberi sokongan selama ini.

Hangus juga mengatakan “berakhirlah perjalanan saya di Esport,”, memberikan bayangan bahawa beliau ingin bersara daripada industri ini.

Sebelum ini, Hangus pernah bermain sebagai pemain profesional di Traitor dan berada dalam Team Saiyan. Beliau juga pernah jadi jurulatih Todak buat beberapa ketika.

Semoga berjaya selepas ini Hangus!

Foto: MPL MYSG 

RELATED NEWS

+