Mobile Legends: Mod baru kumpul kad boleh dimainkan bermula 27 November ini

Mobile Legends: Bang Bang akan mempunyai mod baru 1vs1 yang dinamakan Arena. Ia menggunakan mekanisme pengumpulan kad yang dimainkan dalam hanya tiga minit saja.

Mekanisme pertempuran memerlukan anda untuk menewaskan Little Commander pihak lawan. Anda akan dibekalkan dengan tiga jenis kad iaitu Hero, Monster dan Spell. 

Bagi memanggil Monster ke medan pertarungan, anda boleh menggunakan Shard. Spell boleh digunakan untuk memberi serangan balas/counter musuh.

Essence pula akan dapat dikumpul dengan menggunakan Shard yang mana ia akan digunakan untuk anda memanggil hero ke medan pertarungan.

Semakin lama anda bermain rank, lebih banyak kad boleh didapatkan untuk membentuk strategi baru. 

Anda  boleh akses mod ini untuk waktu terhad bermula 27 November ini.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+