Mobile Legends: Penat Lelah Berbaloi, Skuad UNIMAS E-Sports Berjaya ‘Tawan’ #XPAXKEK Zon Final Borneo!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Dalam kejohanan e-sukan, banyak pengalaman pahit dan manis ditempuh semata-mata untuk kejar impian.

Itu yang ditunjukkan oleh skuad UNIMAS E-Sports dalam kejohanan Mobile Legends Kejohanan E-Sukan Kampus #XPAXKEK yang berlangsung di Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah (UMS) apabila mereka menewaskan skuad dari UMS itu dengan markah 2-0 berdepan dengan UMSKAL E-Sports pada 22 – 24 Mac lepas.

Mereka diwakili oleh Muhammad Idzhar Haziq Mohamad Haziq (kapten), 21, Zamry anak Paing, 21, Muhammad Hazeeq Abdul Wahid, 20, Muhammad Faizal Ridzuan Maula Salam, 21 dan Muhammad Abdul Qahhar Mohammad Zin, 21. 

Terbang jauh dari Sarawak, pasukan UNIMAS E-Sports mendapat sokongan dan bantuan dana daripada ahli komuniti, kawan-kawan dan keluarga bagi menampung perbelanjaan sewaktu berada di Sabah.

Bersyukur tak terkira

Kapten pasukan, Muhammad Idzhar Haziq Mohamad Haziq, 21 meluahkan rasa bersyukur sebaik sahaja nama mereka diumumkan pemenang.

“Kami tak jangka langsung untuk menang tapi sebab hasil kerjasama satu kumpulan, rasa bersyukur sangat-sangat dengan kemenangan ini.

“Maklumlah ada banyak lagi pasukan lagi hebat dari kami. Jadi sepanjang tempoh untuk sampai ke final ini, kami belajar dari kesilapan. Bukan nak kata tak ada kalah. Banyak. Tapi dari situ kami membesar dan membuatkan kami sampai ke peringkat final ini,”

Idzhar juga mengatakan skuad ini sebenarnya bermula dari bawah apabila ditubuhkan sejak dua tahun lalu.

“Kami bermula dengan merekrut pemain yang berbakat. Dari situ kami masuk pertandingan peringkat kecil-kecilan. Alhamdulillah, boleh nampak ada keserasian dan pencapaian pun boleh tahan bagus.

Kata Idzhar, cara untuk menyeimbangkan pembelajaran dan latihan untuk persediaan #XPAXKEK ialah mempunyai jadual sendiri kerana sebagai pelajar universiti, waktu perlu digunakan sebaiknya.

“Memang kena ada jadual. Sebab sebagai pelajar, kita banyak ada join kelab dan aktiviti kolej dengan assignment dan presentation lagi. Masa kadang-kadang tak cukup.

“Kami juga ada latihan mingguan contoh macam hari Jumaat, Sabtu dan Ahad tu kena latih untuk cuba meta (strategi) baru dan kuatkan lagi kerjasama berkumpulan untuk role masing-masing,”

Ketika ditanya tentang kejohanan #XPAXKEK, Idzhar mengatakan acara ini sesuai untuk pelajar universiti khususnya.

“Menarik sebab ada macam-macam permainan (video game).

“Juga boleh ubah perspektif orang lebih berusia yang menganggap game ini sesuatu yang memburukkan. Ia boleh dijadikan satu kerjaya kalau kita sentiasa berdisiplin, konsisten dan mempunyai semangat untuk berjaya.

Idzhar juga berpendapat negeri-negeri Borneo melahirkan ramai atlit e-sukan berbakat, “Akhir kata, jangan sangka orang Borneo ini tidak berbisa!”

Penulis sekali lagi ingin ucap tahniah kepada UNIMAS E-Sports di atas kejayaan mereka dan semoga berjaya di Grand Final pada 26 April nanti! Jumpa korang dekat sana!

Terima kasih kepada XPAX, Kitamen, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Predator, Sades, Moonton E-Project, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Esports Malaysia (ESM), Cadbury, Todak, Boost, Mountain Dew dan pihak UniSZA atas kerjasama ini.

Artikel ini ditulis bersama seorang lagi wartawan kami, Intan Mawarni. Terima kasih Intan!

RELATED NEWS

+