IESF Bali: Malaysia benam Vietnam, mara ke peringkat seterusnya

Kejohanan Dunia E-Sukan IESF Bali kategori MLBB menyaksikan pasukan Malaysia menentang pasukan Vietnam.

Pasukan Todak yang mewakili Malaysia tidak memberikan peluang untuk pasukan Vietnam mendominasi di perlawanan pertama.

Teknik mereka untuk meningkatkan tenpo permainan membuahkan hasil apabila pasukan Vietnam tidak mempunyai jawapan untuk menghadapi corak permainan yang cukup agresif dari Todak.

Todak mengambil kemenangan mudah di perlawanan pertama apabila mereka berjaya mengambil Lord dan merusuh ke arah base pasukan Vietnam.

Perlawanan kedua juga memihak kepada pasukan tanah air apabila mereka mendapat saingan yang hebat dari pasukan Vietnam.

Namun begitu, pasukan Todak menunggu kemunculan Luminous Lord dan mereka merancang strategi dengan begitu baik untuk menumpaskan kesemua ahli pasukan Vietnam.

Syabas diucapkan kepada pasukan Todak sebagai wakil Malaysia di atas kemenangan pertama mereka.

Foto: Trans7 Official

 

RELATED NEWS

+