Mobile Legends: Saiyan Reborn Benam AirAsia Saiyan Di Lower Bracket MPL Musim Kedua

Dalam pertarungan epik bagi pusingan penyingkiran Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim kedua, menyaksikan Saiyan Reborn berjaya menewaskan AirAsia Saiyan dengan skor akhir 2-0!

Perlawanan best of 3 itu menyaksikan Saiyan Reborn bermain dengan begitu taktikal dan bekerjasama sekali gus memenangi perlawanan pertama di lower bracket

Pada perlawanan kedua pula, di sini Saiyan Reborn mempunyai draft yang agak pelik kerana memilih Diggie walaupun pihak lawan tak mempunyai crowd control yang begitu merbahaya. Pilihan Lunox bagi Loong pula nyata membuahkan hasil, dengan selesanya pemain muda ini bermain di back line dan mengenakan damage berkali-kali kepada musuh.

Tapi semestinya bagi 10,500 peminat yang menonton perlawanan itu menerusi livestreaming berlangsung tidak akan lupa minit ke 14.50 yang mana menyaksikan Lacid merampas Lord daripada Soloz! Sedang asyik pemain dengan hero assassin itu sedang solo Lord, tak menyangka Lacid hadir dengan mengejut menggelapkan peta lalu mencuri Lord!

Kemudian selepas itu kita menyaksikan lagi AirAsia Saiyan gagal untuk memperbetulkan kesilapan mereka dengan membuat kesilapan besar kedua, iaitu memulakan turret dive pada minit ke-15.

Lalu selepas kehilangan pemain demi pemain, mereka sekali lagi terpaksa mempertahankan kubu dari dibenam Saiyan Reborn yang ditemani Lord. Sekali lagi Fredo tertangkap dan die twice selepas hidup kembali dengan item ressurection. Kesilapan itu seterusnya membuatkan Saiyan Reborn terus laju meluncur ke kubu dan seterusnya memenangi perlawanan ini dengan jayanya!

Syabas kepada mereka!

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim kedua bermula pada Jumaat, 19 Oktober hingga Ahad (21 Oktober) di Paradigm Mall, Main Concourse mengumpulkan lapan pasukan yang berjaya mendapatkan kedudukan terbaik pada musim liga sebelum ini.

Mereka adalah Flash Tyrants, EVOS SG, AirAsia Saiyan, Geek Fam Mystic, Traitor, Bigetron SG, Geek Fam ICON dan Saiyan Reborn. Pasukan ini akan merebut wang tunai terkumpul USD64,000 dan juara pula akan membawa pulang hampir separuh iaitu USD31,000!

RELATED NEWS

+