Mobile Legends: Sertai Cabaran Bergambar Dan Banyak Lagi Aktiviti Lain Sempena 515EParty!

Sekarang hangat diperkatakan di media sosial mengenai 515EParty, satu acara berskala global bagi Mobile Legends: Bang Bang yang dianjurkan Moonton.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan beberapa negara yang mengalami lockdown, banyak acara dalam permainan (in-game) diadakan untuk pemain bersama rakan-rakan mereka berupa ganjaran dan hadiah eksklusif apabila menyelesaikan sesuatu misi.

Bagi acara komuniti pula, Moonton membawakan lagu tema baru 515EParty dan juga cabaran bergambar, peraduan seni lukis, peraduan mengubahsuai lagu dan juga cabaran Finger Dance yang sudah pun boleh disertai sekarang. 

Ini adalah contoh cabaran bergambar untuk disertai berserta hashtag boleh digunakan:

Buat pertama kalinya juga, Moonton akan membawakan antara muka (HUD) terbaru bertemakan Ramadhan!

Tidak cukup dengan itu, 515EParty ini akan disambut dengan meriah bersama pempengaruh media sosial dari Malaysia dan Singapura. Mereka akan beraksi bersama komuniti Mobile Legends dan pertandingan “All-Star” akan diadakan untuk memilih pasukan pempengaruh yang terbaik.

Moonton kali ini menggunakan slogan “Game On, Party On” bagi ulang tahun Mobile Legends kali ini.

Untuk segala info terbaru mengenai 515eParty, anda boleh masuk ke dalam permainan dan pergi ke butang events ataupun dengan menjengah ke Facebook Mobile Legends Malaysia.

RELATED NEWS

+