Mage baharu MLBB: Zhuxin yang mempunyai crowd control dan airborne yang hebat

Hero mage MLBB baru akan keluar tidak lama lagi tetapi hanya boleh dimainkan di MLBB Advanced Server sahaja.

Zhuxin adalah hero yang ke-125 untuk Mobile Legends: Bang Bang.

Dia dijangka akan menjadi mage baharu dengan banyak skill crowd-control.

Kuasanya menyebabkan musuh menjadi airborne dan beberapa skill unik yang boleh mengubah medan tempur ketika war.

Walaupun skill Zhuxin sudah ada tetapi Zhuxin masih dalam fasa awal dan belum siap sepenuhnya.

Abilities

Pasif

Pasif Zhuxin boleh membuatkan musuh airborne apabila terkena mana-mana skill Zhuxin.

Satu penanda pasif akan muncul yang digelar Soul Lamps apabila musuh terkena dengan skillnya.

Apabila cukup stack, Soul Lamps akan membuatkan musuh airborne apabila terkena skill Zhuxin.

Skill 1

Zhuxin akan melepaskan semua pasif Soul Lamps terkumpul dan mengeluarkan Area 0f Effect (AoE) bulat di bawah musuh.

Skill ini juga boleh digunakan untuk menaikkan stack Soul Lamps.

Skill 2

Skill kedua ini Zhuxin akan mengeluarkan saatu bunga yang akan berubah-rubah mengikut fasa.

Ia akan mengeluarkan bunga epiphyllum yang akan muncul dalam AoE bulat dan akan mengenakan damage untuk beberapa detik masa.

Skill 3 Ultimate

Ultimate Zhuxin adalah AoE besar yang mengeluarkan rama-rama untuk mengelilingi musuh di dalam satu kawasan.

Rama-rama itu akan menaikkan pasif Souls Lamps dan semua musuh yang berada dalam AoE akan dikenakan airborne.

Berdasarkan skill-skill Zhuxin adalah hero yang boleh membuat banyak damage AoE dengan crowd control yang sangat menakutkan jika anda pandai mengawal penggunaan stack Soul Lamps.

Mobile Legends Zhuxin skill abilities gameplay

Zhuxin dijangka akan keluar selepas Chip satu lagi hero yang belum dikeluarkan untuk server rasmi.

Berkemungkinan besar Zhuxin akan keluar pada Jun atau Julai ini.

RELATED NEWS

+