Mobile Legends: Starlight Skin Bulan Ini – Dictator Valir

Keahlian Starlight adalah ciri tambahan yang diberikan kepada pemain Mobile Legends: Bang Bang yang membelanjakan serendah RM40.00 untuk mendapatkan pelbagai ganjaran termasuklah skin eksklusif yang dikeluarkan hanya pada bulan itu saja (meskipun ia boleh didapatkan kemudian menerusi penebusan fragments).

Kali ini, Moonton memperkenalkan Dictator Valir sebagai starlight skin bulan Januari sempena tahun baru ini!

Selain menerima emote Valir, painted skin bagi Bruno dan Sacred Statue, anda juga akan menerima pelbagai ganjaran lain iaitu 6 hero dan skin percuma yang bertukar setiap minggu.

Dictator Valir mengalami perubahan pada efek kuasa, menjadi warna apinya lebih gelap dan dark berbanding Valir yang biasa.

Anda boleh mendapatkan keahlian Starlight ini sekarang dengan harga 550 Diamonds.

RELATED NEWS

+