MoistCr1TiKaL Youtuber terkenal bakal menubuhkan Moist Esports untuk Super Smash Bros. Ultimate

Ultimate Summit 3 adalah pertandingan Super Smash Bros. Ultimate untuk Beyond the Summit dan menjadi salah satu acara kompetitif yang besar.

Salah seorang pencipta kandungan Cr1TiKaL menyokong Kolawole “Kola” Aideyang untuk acara e-sukan Super Smash Bros. Ultimate.

Cr1TiKaL yang dikenali ramai sebagai salah seorang penyokong besar untuk beberapa kejohanan termasuk Super Smash Bros.

Beliau juga pernah anjur beberapa acara seperti Soaked Series Invitational dengan jumlah wang kemenangan sebanyak AS$20,000 atau RM80,000.

Kola pula menjuarai kejohanan itu.

Beliau adalah pemain top 50 Ultimate dan menjadi antara pemain dikenali dalam dunia Ultimate sejak 2 tahun selepas menjadi pemenang tempat kedua di CEO Dreamland 2020.

Moist Esports juga akan menjadi pasukan e-sukan baharu dari Cr1TiKal dan menggunakan nama penuhnya, MoistCr1TiKaL manakala Kola bakal menjadi pemain pertama untuk pasukannya.

Ini antara anjakan terbesar Cr1TiKaL untuk memasuki ke dalam dunia e-sukan.

Mungkin akan ada lebih ramai lagi pemain Smash yang akan menyertai Moist Esports di masa akan datang.

RELATED NEWS

+