Selepas hampir 20 tahun permainan video dari GameCube ini keluar, e-sukan Super Smash Bros. Melee akhirnya diiktiraf Nintendo.
Perlawanan rasmi julung kali ini akan bermula pada 2022 menampilkan Smash Bros. Ultimate.
Acara ini akan mendapat lesen rasmi dan disokong oleh Nintendo.
Panda Global akan akan menjadi organisasi e-sukan yang mempelopori acara ini dengan North American Championship Circuit dan pemain akan memasuki pertandingan ini secara dalam talian.
Pemain akan menyertai pusingan kemasukan di dalam talian dahulu sebelum layak ke acara besar.
Confirmed. Ready your A-game, Super #SmashBros competitors. We’ve partnered with @PandaGlobal to launch the first officially licensed Super Smash Bros. championship circuit in North America, coming 2022! #SmashBrosUltimate #SmashBrosMelee https://t.co/3WKbEYrMH2
— Nintendo of America (@NintendoAmerica) November 18, 2021
Nintendo masih belum menyatakan apa-apa lagi jadual, peraturan dan juga jumlah hadiah terkumpul.
Tetapi akhirnya Nintendo yang selama ini acuh tidak acuh dalam menyokong e-sukan Super Smash Bros. kini terjadi secara rasmi merupakan satu berita gembira untuk semua peminat Super Smash Bros.