MPL: Hyhy punya Chou tak boleh bawa bincang

Pasukan Orange Louvre Esports berjaya menunjukkan rentak yang cemerlang dalam perlawanan lower bracket pada hari kedua MPL MYSG Musim Keenam hari ini.

Mereka berjaya memenangi perlawanan ke atas Red Reborn dengan skor 2-0.

OLE dianggotai oleh Jiji, Hyhy, Aim, Nothingtosay dan Kuja.

 

Game pertama

Pada game pertama, Orange menggunakan lineup yang cukup agresif dengan adanya Baxia, Pharsa, Chou, Lancelot dan Esmeralda. Hyhy sebagai Chou bermain dengan begitu baik sekali kerana banyak kali menangkap hero-hero penting Red Reborn.

Aim juga bermain dengan baik kerana menggunakan Feather Air Strike dari jauh, tidak memberikan peluang kepada Silo untuk melakukan Last Insanity kerana kehilangan Firaga Armor.

Jadi perlawanan pertama ini harus diberi pujian kepada Hyhy kerana menjadi playmaker bagi Orange Louvre Esports.

Bagaimanapun pada minit ke-19 mereka sedikit hilang rentak apabila Aim ditangkap oleh Mal.

Tapi game tetap dimenangi oleh OLE berikutan Super minion yang sudah menuju ke arah kubu dan berjaya menamatkan perlawanan ketika semua sibuk berlawan di kawasan Lord.

 

Game kedua

Pada perlawanan kedua, Orange Louvre terus mendominasi dan Jiji seperti lebih yakin menggunakan Helcurt. Hyhy pula menunjukkan kehebatan sebagai Yu Zhomg dan bermain agresif seperti biasa.

Aim teruskan rentak cemerlang sebagai Kadita yang digunakan untuk burst damageThalassophobia menyelamatkan Aim daripada ulti Akai dan beberapa gerakan lain dari Red Reborn. Sepertinya Red Reborn terus hilang fokus pada perlawanan kedua ini.

Ini membuatkan Red Reborn terkeluar awal daripada playoff MPL MYSG Musim Keenam.

MPL MYSG Musim Keenam akan berakhir esok dan bakal menyaksikan pasukan terbaik dari Malaysia dan Singapura muncul juara.

RELATED NEWS

+