PERLAWANAN PERTAMA"> PERLAWANAN PERTAMA" /> PERLAWANAN PERTAMA" />

MPL ID: BTR hilang momentum, RRQ Hoshi menang mudah 2-0

PERLAWANAN PERTAMA

RRQ Hoshi membawa masuk Alucard untuk digunakan Alberttt bagi memberikan burst damage, kita dapat lihat hero ini sangat berkesan sewaktu Orange Esports menggunakannya semasa bertemu dengan juara musim ketujuh MPL MY, RSG Malaysia.

RRQ Hoshi berjaya mengejar objektif dan mengawal peta pada minit kelima, mereka berjaya mendapatkan turtle dan turret untuk memberikan tekanan kepada pasukan BTR di samping menjauhkan lagi perbezaan gold yang dimiliki kedua-dua pasukan.

Lord berjaya diambil pasukan RRQ Hoshi seawal minit ke-10, memberikan tekanan lagi kepada pasukan BTR. RRQ Hoshi terus memenangi perlawanan yang terjadi di dalam peta dengan bantuan feathered air strike dari Clayyy. BTR tidak dapat bertahan selepas Luminous Lord berjaya diambil pasukan RRQ Hoshi pada minit ke-15. 

PERLAWANAN KEDUA

BTR mengharapkan Claude untuk bertahan sehingga fasa late game bagi menghadapi Roger dari pasukan RRQ. BTR mempunyai rotasi yang lebih baik pada minit awal permainan dengan bantuan Lunox, namun keadaan itu tidak kekal begitu lama, RRQ Hoshi membalasnya dengan pertarungan yang berjaya menumbangkan Branz beberapa kali.

Peta terus dikawal pasukan RRQ Hoshi, mendapatkan objektif yang diperlukan untuk memberikan tekanan kepada pasukan BTR. Branz yang tidak mempunyai purple buff mengalami kesukaran untuk mengembalikan momentumnya. RRQ Hoshi kemudiannya menamatkan permainan pada minit ke-17 dengan bantuan Luminous Lord.

 

 

RELATED NEWS

+