MPL Indonesia: Alter Ego masih cemerlang, BTR Alpha di tempat kedua

Pasukan Mobile Legends: Bang Bang Indonesia, Alter Ego masih mengekalkan rekod cemerlang mereka di musim liga MPL Indonesia musim keenam. Setakat minggu keenam, mereka raih tempat pertama dengan kemenangan sebanyak lapan set dan hanya dua tertewas.

Mereka mengumpulkan +10 mata agregat dan 69% kadar kemenangan. Bigetron Alpha pula di tempat kedua dengan dengan +8 mata agregat dan lapan kemenangan set. Sejak mereka berjaya mendapatkan pemain Malaysia, Rippo untuk bermain pada minggu keempat, momentum mereka seolah terus konsisten.

Sementara itu, dengan berbaki dua minggu lagi musim liga, Geek dan Aura tak mungkin lolos ke playoffs kerana mempunyai -15 agregat dan hanya satu set kemenangan. Mereka hanya akan bermain dua minggu lagi untuk menghabiskan baki perlawanan yang ada.

Sejak minggu kelima, MPL Indonesia menggunakan format ban sebanyak lima hero sama seperti MPL MY/SG Musim Keenam yang sudah memulakan sejak awal musim liga lagi.

Tonton siaran ulangan di Youtube MPL Indonesia.

RELATED NEWS

+