Zacus dan Bengg tidak lagi bersama Homebois

Dua pemain posisi roamer pasukan Homebois iaitu Zacus dan Beng kini disahkan tidak lagi bersama pasukan naungan DaddyHood itu.

Pengumuman itu dibuat melalui sebuah hantaran ringkas di akaun rasmi Instagram Homebois.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by HomeBois (@homebois__)

Terdahulu, Zacus dibawa masuk untuk menggantikan Xpdea dan ternyata kemasukan Zacus banyak membantu Homebois mendapatkan kemenangan.

Namun begitu, nasib tidak menyebelahi mereka untuk mengangkat piala pertama MPL MY mereka apabila tewas di tangan pasukan RSG MY pada peringkat playoff MPL MY musim ke-10.

Kemanakah hala tuju Bengg dan Zacus nanti? Adakah Zacus akan kembali ke pasukan RSG MY seperti yang terjadi pada Leixia? Kita bakal saksikan.

Sumber dan foto: Homebois

RELATED NEWS

+