MPL Indonesia: Celiboy “The Miracle Boy” mempunyai kill tertinggi setakat ini

MPL Indonesia musim kelapan penuh dengan kejutan, lapan pasukan bertanding untuk merebut wang hadiah lumayan berjumlah AS$300,000 (RM1,271,550). Kemasukan pencabar baru Rebellion Genflix yang dibentuk tidak berapa lama selepas pembubaran Genflix Aerowolf merancakkan lagi tempo perlawanan di dalam liga.

Setakat minggu pertama seperti didedahkan sebelum ini oleh penulis, Alter Ego menduduki tempat pertama diikuti rapat oleh pasukan BTR. Kedua-dua pasukan ini berjaya mengalahkan pasukan yang kuat seperti EVOS Legends dan RRQ Hoshi.

Berdasarkan statistik sepanjang perlawanan di minggu pertama, Celiboy dari pasukan Alter Ego mengumpul mata terbanyak sebanyak 44 kill manakala Matt dan Branz di kedudukan kedua dan ketiga dengan 33 dan 29 kill.

Ianya satu pencapaian yang menakjubkan buat Celiboy kerana beliau hanya bermain di dalam 5 perlawanan manakala Branz dan Matt masing-masing sudah bermain 6 perlawanan. Celiboy menunjukkan prestasi cemerlang menggunakan Ling dan Roger.

Selain itu, rotasi yang dilakukan oleh beliau untuk memberikan tekanan kepada musuh berjaya dilaksanakan dengan begitu baik sekali. Beliau sering digelar “The Miracle Boy” oleh pengulas dan netizen di luar sana.

Foto: OneEsports

RELATED NEWS

+