MPL: LinkEzaa adalah King of MVP setakat minggu kelima!

Peringkat liga MPL Malaysia musim kelapan sudah hampir tamat, berbaki 3 minggu lagi bagi menentukan siapakah yang akan layak ke peringkat playoff.

Mohd “LinkEzaa” Norhadim masih memegang gelaran King of MVP setakat minggu kelima peringkat Liga MPL MY musim kelapan. Di tempat kedua adalah Chibi dari pasukan Homebois dan ZaimSempoi memegang tempat ketiga.

LinkEzaa membuktikan bahawa beliau memang layak memegang gelaran itu dengan hero seperti Alucard, Ling, Roger dan Bane dimainkan begitu baik sekali. Baru-baru ini pasukan Orange Esports berjaya menumpaskan Suhaz Esports dengan Maniac berjaya didapatkan LinkEzaa.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Adakah beliau mampu mengekalkan prestasi yang cemerlang ini untuk tiga minggu lagi dan selanjutnya bermain di peringkat playoff? Seperti kita sedia maklum, peringkat playoff akan lebih mencabar dan penuh dengan dugaan kerana semua pasukan akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk layak ke kejohanan dunia, M3. Kemungkinan banyak strategi baru akan dilaksanakan nanti. Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+