MPL Malaysia: Suhaz EVOS bersedia hadapi cabaran musim liga esok

Pasukan Mobile Legends negara, Suhaz EVOS sudah bersedia menghadapi Liga Profesional Mobile Legends (MPL Malaysia) musim ketujuh esok.

Musim liga berlangsung selama lapan minggu itu membawakan 10 pasukan terbaik MLBB bertanding. Suhaz EVOS akan berjumpa dengan skuad Red Esports pada jam 5 petang.

Suhaz yang diwakili oleh HyHy, AJ, D-Ace, Eavy dan Box sebelum ini berkolaborasi bersama EVOS Esports dan kini dikenali sebagai Suhaz EVOS.

Bagi yang tidak tahu, ini adalah pengalaman MPL pertama buat AJ, Eavy dan Box.

“Lawan RED kami harap boleh menang. Kami dah bersedia dari segi fizikal dan mental.

“Walaupun ini pengalaman pertama Eavy, AJ dan Box di MPL, mereka tak gementar dah. Seharapnya mereka dapat menang perlawanan ini,” kata Pengurus Suhaz EVOS, Muhd Fadhil Hishamuddin atau Padel.

RELATED NEWS

+