MPL Malaysia: Todak akan menggunakan lineup campuran, pemain baru dan lama

Pasukan Mobile Legends Malaysia, Todak akan bereksperimentasi dengan roster 10 orang pemain yang diumumkan baru-baru ini bagi menghadapi musim liga MPL Malaysia Musim Ketujuh bermula Jumaat ini.

Kata Pembantu Pengurus, Muhd Rizwan Abdullah ataupun Eone, mereka akan cuba lineup terdiri daripada campuran bekas pemain Todak Apprentice dan pemain senior. 

“Di minggu pertama, kami belum menentukan lineup tetap untuk bermain tapi kemungkinan besar pemain yang akan diturunkan lebih kepada campuran antara pemain senior dan junior untuk membantu pemain junior mendapatkan pengalaman pertama dalam MPL.

“Tujuan utamanya bagi menguatkan lagi komposisi pasukan semasa bertanding. Selain itu, Todak ingin memberi peluang kepada pemain baru seperti Jemi dan Medal untuk beraksi di peringkat lebih tinggi.

Menurut Eone lagi, mereka memfokuskan pada sesi latihan lebih lama dan kerap kerana ada pemain baru perlu digilap dan perlukan latihan yang lebih. 

Todak akan berlawan bermula Sabtu ini ke atas Reborn Esports pada jam 5 petang

MPL Malaysia musim ketujuh mengumpulkan lapan pasukan yang mana enam adalah jemputan dan dua lagi melalui pusingan kelayakan (Homebois dan Red Frost).

RELATED NEWS

+