Wajib tekan ‘panic button’, Todak MLBB kini di ambang penyingkiran?

Artikel ini ditulis oleh Syed Adeen, Pengulas MPL MY musim ke-12.

“Todak jaguh, kampung sahaja!” “Todak di ‘international’ seperti badut!” … “Tolonglah bukan Todak yang wakil Malaysia kali ini!”

Ini adalah serpihan kata-kata daripada komuniti MPLMY sejak kebelakangan in mengenai Todak MLBB.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by TODAK MOBILE LEGEND (@todakmlbb)

Tidak dinafikan bahawa Todak daripada musim ke-7 sehingga ke-11 telah menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang di peringkat MPL MY. Namun, tibanya mereka di peringkat antarabangsa prestasi itu hanya seperti jelmaan sahaja dan taringnya Todak terus hilang.

“Oleh sebab itu, ramai yang ingin Todak ubah sistem mereka daripada sudut barisan pemain, barisan kejurulatihan dan ada yang ingin barisan pengurusan juga diubah. Dukacita untuk saya kata disini, kebarangkalian pekara itu bakal berlaku jikalau Todak tidak layak ke playoffs musim kali ini dan terus disingkirkan daripada MPL-MY musim ke-12,”

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

“Setakat ini, Todak berada di tangga yang ke-7 dengan hanya 6 mata terkumpul selepas 6 perlawanan mereka bertarung.

“Kemarau kemenangan mash diteruskan lagi dengan tertewasnya mereka pada minggu lepas terhadap Homebois (2-0) dan Team Haq (2-0) menambahkan “losing streak” mereka kepada empat perlawan berturut-turut.

“Keadaan kelihatan lagi keruh apabila mereka perlu berhadapan MPX NSEA, RSG MY dan Team Lunatix, tiga pasukan yang mampu beri saingan keras ke atas Todak. Boleh dikatakan bahawa markah penuh tiga mata sukar untuk Todak perolehi di minggu-minggu yang akan datang.

“Minggu ini iaitu minggu ke-5 MPL-MY merupakan minggu penentuan bagi banyak pasukan sama ada mereka akan layak ke playoffs dan untuk sesetengah pasukan yang mengejar ‘seeding’ pertama dan kedua di peringkat playoffs.

“Sava yakin ini waktunva butang kecemasan untuk Todak wajib ditekan tetapi apa pilihan atau cara yang mereka miliki untuk mengubah nasib mereka. Tambahan pula, adakah waktu untuk berubah itu dipihak mereka? Dengan semua pasukan yang lain nampak lebih bersedia dengan kekuatan mereka, Todak dalam misi mustahil mereka untuk lepas ke peringkat playoffs.

Avuh kita ikuti misi Todak ini di MPL-MY ke-12!

RELATED NEWS

+