MPL MY: Homebois layak ke Playoff

Perlawanan pembukaan hari terakhir minggu terakhir peringkat liga MPL MY musim ke-9 menyaksikan Homebois akan bertemu dengan Team Caracal.

Pasukan Homebois harus memenangi perlawanan menentang Team Caracal dengan kemenangan bersih jika ingin layak ke peringkat playoff.

Mereka kini bersaing dengan pasukan MAB yang mempunyai mata sebanyak 14 akibat tewas di dalam perlawanan menentang Geek Fam semalam.

Selepas pertarungan yang cukup hebat dari kedua pasukan, pasukan Homebois akhirnya menewaskan Team Caracal dengan skor 2-0.

Pasukan Homebois mempunyai 16 mata dan mereka berjaya layak ke playoff dan menghentikan pasukan MAB dari melayakkan diri.

Ini adalah satu pencapaian yang sangat hebat ditunjukkan oleh pasukan Homebois.

Terdahulu, mereka mula bermain di peringkat liga dengan penolakan mata sebanyak 8.

Namun begitu, disiplin dan semangat yang tinggi ditunjukkan oleh ahli pasukan Homebois berjaya memberikan mereka ganjaran ke playoff.

Foto: Moonton Games

 

 

RELATED NEWS

+