MPL MY: Todak “comeback”

Perlawanan terakhir di minggu ketiga MPL MY musim ke-9 menyaksikan pasukan Todak akan bertemu dengan RED Esports.

RED Esports memberikan tekanan kepada pasukan Todak di perlawanan pertama apabila Fanny dilepaskan untuk digunakan oleh Zaed.

Todak membalas perkara itu dengan memenangi perlawanan kedua yang menyaksikan Ajiq menggunakan Roger dan dibantu oleh Estes.

Pasukan Todak meneruskan momentum mereka di perlawanan ketiga dengan mengawal peta dan mendapatkan objektif.

RED Esports terus tersasar dari objektif dan mereka cuba untuk mendapatkan kill namun digagalkan oleh pasukan Todak.

Kesilapan yang dilakukan oleh Mal dan Rennnqt pada minit ke-13 menyebabkan mereka berdua terkorban.

Todak menggunakan peluang itu untuk mendapatkan kemenangan kali kedua ke atas RED Esports.

Foto: Moonton Games

 

RELATED NEWS

+