MPL MY: Todak langgar Team SMG

Perlawanan pasukan Todak menentang Team SMG hari ini sangat dinantikan oleh para peminat kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan Kejohanan Dunia M3 ini antara pasukan terkuat tanah air. 

Di perlawanan pertama, Todak mengalami kesukaran di minit awal permainan. Team SMG mengawal peta dan mengambil objektif dengan rotasi mereka yang sangat bagus.

Pertarungan demi pertarungan dimenangi oleh Team SMG dan mereka terus mengasak pasukan Todak untuk mengangkat bendera putih.

Namun begitu, kesilapan Team SMG di minit ke-21 menyebabkan Sasa terkorban dan pasukan Todak terus mengambil peluang itu untuk menumbangkan ZaimSempoi dan Smooth untuk menamatkan permainan.

Perlawanan kedua diteruskan dan pasukan Todak membawa masuk Estes sebagai kunci di dalam pelan strategik mereka.

Pasukan Todak dilihat berlainan di perlawanan pertama di mana mereka mampu untuk menahan asakan dari Team SMG.

Luminous Lord berjaya diambil oleh pasukan Todak pada minit ke-13 dan mereka terus merusuh ke arah base Team SMG.

Pasukan Team SMG yang cuba mempertahankan crystal mereka tidak berjaya oleh kerana Estes yang dipakai oleh Ciku menggunakan Blessing of The Moon Goddess.

 

RELATED NEWS

+