MPL PH: Bren Esports gagal ke Playoff

MPL PH adalah salah satu liga MPL yang kian meningkat popularitinya. Ini kerana pasukan-pasukan dari Filipina ini memberikan saingan yang hebat di dalam Kejohanan Dunia M2 yang lalu.

Minggu terakhir MPL PH musim kelapan kini sudah mencapai ke penghujungnya. Pasukan yang dinantikan seperti Bren Esports gagal meloloskan diri ke peringkat playoff musim ini.

Ini adalah satu kejutan buat para peminat pasukan itu. Bren Esports bukan satu pasukan yang lemah di Kejohanan Dunia, M2. Mereka adalah juara edisi itu dengan menewaskan pasukan Burmese Ghouls 4-3.

Selain itu, juara musim keenam ini dilihat tidak konsisten sepanjang musim liga dan mereka mengalami kekalahan demi kekalahan sementara pasukan Blacklist International cemerlang di peringkat liga dengan 31 mata.

Adakah pasukan Blacklist International bakal muncul juara lagi pada musim kali ini? Prestasi mereka di peringkat liga sangat baik dengan hanya tewas 1 perlawanan.

Foto: Bren Esports 

Sumber: MPL PH

 

RELATED NEWS

+