MPL PH: Karltzy dan Echo mendominasi ketika ini

MPL PH S9 penuh dengan kejutan, juara back to back musim ketujuh dan kelapan iaitu Blacklist International gagal menduduki tempat pertama.

Manakala, pasukan yang dipenuhi bintang MLBB dari Filipina iaitu Echo masih mengekalkan momentum mereka untuk mendahului pasukan yang lain.

Selain itu, Bren Esports yang juga pernah menjadi juara Kejohanan Dunia M2 seperti hilang sinarnya dan mereka gagal untuk menunjukkan prestasi yang cemerlang seperti sebelum ini.

KarlTzy masih mengekalkan kedudukannya di tempat pertama dari segi mata pembunuhan dan Kairi dari ONIC PH di tempat kedua.

Seperti kita sedia maklum, KarlTzy adalah bintang yang sangat bersinar ketika Kejohanan Dunia M2 bersama Bren Esports dengan aksi lincah Lancelot miliknya.

Bren Esports sudah kehilangan bintang yang mampu membawa mereka menjadi juara satu ketika dahulu, adakah kita akan melihat mereka bangkit semula di minggu keempat ini? Kita bakal saksikan.

Sumber: MPL PH

RELATED NEWS

+