MPL: RSG umum lineup rasmi bagi musim liga Singapura, Kayzeepi jadi jurulatih

Organisasi e-sukan Singapura, RSG mengumumkan barisan pemain untuk Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Singapura (MPL SG) musim pertama.

Mereka nampaknya mengekalkan lineup yang sama ketika MPL MYSG terdahulu iaitu Fossa, Jason, Sana, Ly4ly4ly4, Sync dan penambahan baru, Diablo.

Sementara itu, di ruangan komen, RSG ada menyatakan Kayzeepi kini menjadi jurulatih kerana seorang pengguna Instagram menanyakan di mana pemain tersebut. 

MPL SG musim pertama akan bermula pada Jumaat ini.

RELATED NEWS

+