MPL: “Saya masih belum buat keputusan,” – Kuja

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

“Saya masih belum membuat keputusan,” itu kata ringkas Ajwad Mohd Yusof atau Kuja ketika ditanya hala tujunya selepas MPL MYSG Musim Keenam.

Beliau juga masih pertimbangkan jika akan terus bermain untuk pasukannya.

Pemain dan kapten Orange Louvre Esports itu sebelum ini raih tempat ketiga dan mereka tewas di tangan EVOS SG. 

“Perasaan saya semestinya gembira kerana apa yang saya sasarkan untuk skuad ini telah pun tercapai walaupun kami punya masalah keserasian pada awal musim liga.

“Isu itu kemudiannya dapat dikawal setelah masuk pertengahan musim liga,” katanya.

Kuja bagaimanapun mengakui yang haal tujunya selepas ini bergantung kepada peredaran masa dan tawaran diberikan.

“Walaubagaimanapun, saya masih ingin berada dalam industri ini (e-sukan).

“Tak kiralah jawatan apa pun yang akan disandang. Pemain, jurulatih, penganalisa dan lain-lain. Saya akan berikan yang terbaik,” katanya.

Kuja adalah pemain veteran Mobile Legends yang sudah menyertai hampir setiap musim MPL MYSG. Beliau sebelum ini pernah bermain untuk Mystic Burden dan jugak Geek Mystic.

RELATED NEWS

+