MPL: Team SMG Mengambil Alih Pasukan Makan Cendol

Team Still Moving Under Gunfire (SMG) mengumumkan pelan strategik mereka di arena e-sukan Asia Tenggara dengan mengambil alih pasukan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) iaitu Makan Cendol (bekas pemain Xpax X-Assins).

Makan Cendol kini dijenamakan semula sebagai Team SMG dan ini lineup penuh pasukan tersebut:

  • Mohammad “Ax” Aiqal Bin Amran
  • Mohammad “Artha” Al Hatta
  • Mohammad “Raisyaa” Zaim Bin Amir Izat
  • Aeliff “Smooth” Adam
  • Muhammad “Tacuz” Fairuz Bin Mohamad
  • Muhammad “Kuku” Siddiq Fadhil Bin Mohd Noor (Simpanan)
  • Ahmad “Bonezzyy” Syazwan Bin Anuar (Jurulatih)
  • Muhamd “Padel” Fadil Bin Hishamuddin (Pengurus)

Pasukan ini adalah pemenang kelayakan Malaysia di MPL Malaysia dan Singapura Musim Kelima dan mereka layak ke musim liga bermula 29 Februari ini.

Liga tersebut akan berlangsung selama enam minggu dengan hadiah wang terkumpul RM410,000.

Bagi yang tidak tahu, Team SMG diasaskan pada tahun 2017, memenangi Kejohanan Dunia Arena of Valor pada 2017 dengan pasukan yang terdiri daripada pemain Taiwan. Pada 2018, mereka meneruskan kolaborasi strategik dengan pasukan PUBG Mobile bertapak di China.

RELATED NEWS

+