MPL: Todak Dan Sabah Top Player Mara Ke Musim Liga

Hari ini bermula pusingan kelayakan Malaysia bagi Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dan Singapura musim keempat.

Nampaknya, Sabah Top Player berjaya menempah slot ketujuh ke musim liga selepas menewaskan Pusher dengan markah 2-1. Sementara itu, TODAK pula membolot slot kelapan selepas menewaskan Liaberlioz 2-0.

Kedua-dua pasukan ini akan menyertai pasukan lain yang mendapat jemputan terus ke musim liga iaitu Geek Fam, Shopee Bosskurr, Xpax X-Assins, Axis Bosskurr, EVOS Esports SG dan Resurgence

MPL MY/SG Musim Keempat menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM414,000.

RELATED NEWS

+