MPLI 2021: Rippo tidak berjaya melaksanakan hasrat untuk tewaskan Blacklist International

Perlawanan di antara pasukan BTR dan Blacklist International sangat dinanti-nantikan oleh para peminat Mobile Legends. Ini kerana pasukan Blacklist menjadi pilihan kebanyakkan pasukan dari Indonesia sebagai rival mereka.

Rippo juga berniat mahu membalas kembali kekalahan di musim yang lalu dan beliau yakin dengan kemampuan barisan pemain yang sedia ada.

Pasukan BTR mengejutkan para penonton dengan draft Fanny sebagai jungler. Ramai di antara penonton yang menantikan aksi Fanny yang akan dimainkan oleh Maxx.

Namun begitu, pasukan Blacklist mempunyai jawapan untuk mendominasi pasukan BTR. Mereka menggunakan draft Estes untuk memberikan sokongan penambahan nyawa kepada ahli pasukan mereka.

Setiap kali pertarungan berlaku, pasukan BTR mengalami kesukaran untuk memenangi perlawanan seterusnya menyebabkan mereka tewas di perlawanan pertama.

Pasukan yang akan berlawan dengan Blacklist International harus berhati-hati dengan support dari OhMyV33nus. Beliau menjadi kunci kemenangan untuk perlawanan kedua ini.

Walaupun Estes digugurkan dari diambil pasukan Blacklist namun mereka masih mempunyai Rafaela untuk membantu pasukan.

Selain itu, corak permainan Chou yang digunakan oleh Hadji sangat baik sekali untuk menyekat pergerakan Gamora untuk melakukan Feathered Air Strike.

Ini mengakibatkan pasukan BTR mengalami kekalahan di dalam pertarungan dan mereka harus akur dengan kekuatan pasukan Blacklist di dalam perlawanan kedua.

Pasukan Blacklist International akan bertemu dengan Sang Raja RRQ Hoshi selepas ini di peringkat separuh akhir. Adakah anda rasa pasukan RRQ Hoshi mampu menghentikan pasukan dari Filipina ini dari terus menguasai Land of Dawn? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+