Rippo puasa “taunting”, mahu ‘balas kekalahan’ terhadap Blacklist International

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

BTR Alpha bermain dengan begitu baik semalam di Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) 2021.

Mereka berjaya menewaskan pasukan senegara iaitu Geek Fam ID dengan skor 2-0 tanpa balas. Kekuatan Maxx menggunakan Ling di perlawanan kedua menyekat peluang Geek Fam ID untuk menang.

Namun begitu, pemain kelahiran Malaysia, Rippo tidak melakukan sebarang taunting ketika kemenangan menentang Geek Fam. Menurut beliau “Saya sedang puasa taunting. Saya yakin dengan barisan pemain sekarang, kami boleh melangkah ke peringkat yang lebih jauh.” 

“Blacklist International adalah lawan yang kami ingin hadapi untuk menebus kekalahan di musim lalu” ujar beliau.

Sumber: ONE Esports ID

RELATED NEWS

+